FREE SHIPPING WITH PURCHASE OF RM70 (W. MALAYSIA)

Fruit Puree First or Porridge? | Puree Buah Dulu atau Bubur?

What is the best solids to start your little one with at 6 months? In this article, our founder shares her thoughts on which solids is best to start with!

Apakah makanan pejal pertama yang sesuai untuk anak anda pada umur 6 bulan? Pengasas kami berkongsi pendapatnya dalam artikel ini!

- Versi Bahasa Malaysia di bawah -

One of the commonly often asked questions by Mummies to me is, "What should I give my baby as their first food? Baby cereal or fruit puree?"

At Little Baby Grains, we always recommend PORRIDGE puree! Why? Because rice is the staple of Asians. Besides being easily accessible, rice is natural, unprocessed and less allergenic compared to other foods.
Here are some benefits of rice as your baby's first foods:

1. Fresh and natural

Why buy rice cereal when we have such easy access to rice and natural grains? We are very lucky because we stay in a country where rice is grown. The rice used in Little Baby Grains' products is sourced from Malaysia! #weloveMalaysia

2. Easy to digest

At 6 months, your baby will transition from (breast or formula) milk to solids. Rice is soft and easily digestible by babies.

Little Baby Grains uses specially selected rice, which are smaller and softer compared to the average rice. This allows the rice to break up easily in your baby's mouth, which is also home to the amylase enzyme. For those of you who have forgotten your Biology lessons, the amylase enzyme is the enzyme responsible for digesting food in babies, children and adults!

3. More nutritious

Different rice types carry different nutritional values, however, in general, white rice is an excellent source of carbohydrates (you know this) and minerals including magnesium, phosphorus, iron and folic acid. Brown rice is richer in fibre and has more magnesium compared to white rice. Little Baby Grains only uses premium rice and all our products are carefully categorised in accordance with your baby's age.

4. Reduce risk of allergies

Mummies should introduce different types of food including rice and grains to your little ones between the ages of 6 - 7 months. Restricting grains from your baby's diet at this age increases the risk of celiac disease, Type 1 diabetes and wheat allergy.

5. Reduce the possibility of a fussy eater

Some Mummies prefer to start off their baby with fruit purees at the age of 6 months. While there is certainly nothing wrong with that, it is likely that your little one will develop a preference for strong tasting or sweet foods, resulting in the possibility of your little one becoming a fussy eater!

 

In summary, rice and grains are good choices for babies! Porridge puree is easy to prepare, nutritious and easily digestible by babies. Let's provide our little ones with a natural choice and the best start to their solids journey.

 

******************************************

 

Antara soalan yang lazim ditanya oleh Mummies kepada saya ialah, “Manakah yang lebih baik sebagai makanan pejal pertama si kecil? Baby cereal atau puree buah-buah?”

Di Little Baby Grains, kami selalu mengesyorkan BUBUR puree! Mengapa? Kerana beras adalah makanan ruji orang Asia. Selain mudah didapati, beras adalah natural, tidak diproses dan kurang allergenic berbanding dengan makanan lain.

Ini adalah manfaat beras sebagai makanan pejal pertama untuk bayi:

1. Segar dan semulajadi

Kenapa beli rice cereal padahal kami mempunyai akses yang mudah kepada beras dan bijirin semulajadi? Kami amat bertuah kerana duduk di negara di mana padi ditanam. Beras yang digunakan dalam produk Little Baby Grains adalah dari Malaysia! #weloveMalaysia

2. Mudah dihadam

Pada umur 6 bulan, bayi ada akan membuat peralihan dari susu (ibu atau formula) kepada makanan pejal. Beras merupakan salah satu makanan yg lembut dan senang dihadam oleh bayi.

Little Baby Grains menggunakan beras yang khas terpilih kerana kecil dan lebih lembut daripada beras biasa. Ini membolehkan beras itu senang hancur dalam mulut bayi di mana terdapat enzim amilase. Untuk ibu bapa yang sudah lupa pelajaran Biologi waktu Tingkatan 5, enzim amilaselah yang memulakan penghadaman makanan untuk bayi, kanak-kanak dan orang dewasa!

3. Lebih berkhasiat

Beras yang berlainan jenis mengandungi khasiat yang berbeza. Beras putih adalah punca karbohidrat yang bagus dan mineral seperti magnesium, fosforus, zat besi dan asid folik. Beras perang mempunyai kandungan serat dan zat magnesium yang tinggi berbanding dengan beras putih. Little Baby Grains hanya menggunakan beras premium dan semua produk kami disusun dengan teliti mengikut umur bayi.

4. Kurangkan risiko alahan

Mummies harus intro pelbagai jenis makanan termasuk beras dan bijirin kepada si kecil di antara umur 6 - 7 bulan. Jika Mummies tidak intro bijirin kepada bayi pada waktu ini, risiko masalah alahan seperti penyakit seliak, diabetes Type 1 dan alahan kepada gandum, adalah lebih tinggi!

5. Kurangkan kemungkinan anak susah makan

Ada juga Mummies yang suka bermula dengan puree buah-buahan dulu semasa bayi berusia 6 bulan. Memang tidak ada masalah buat begitu, namun kemungkinan si kecil akan suka makanan yang berperisa kuat atau makanan yang manis adalah lebih tinggi. Selepas itu, Mummies mungkin akan menghadapi kesusahan apabila ingin intro makanan yang kurang berperisa kepada bayi!

 

Sebagai kesimpulan, beras dan bijirin mempunyai banyak manfaat kepada si kecil! Bubur puree adalah makanan yang senang dimasak, tinggi khasiat dan mudah dihadam oleh bayi. Marilah kita bersama-sama memberi makanan yang semulajadi dan yang terbaik kepada anak kami.

发表评论

请注意,评论必须在发布之前获得批准